Isnin, 9 Mac 2009

Anda minat masakan Cina?

Antara masakan yang saya minati ialah masakan Cina. Tapi di Malaysia, sukar hendak mencari restoran masakan Cina yang diusahakan oleh orang Islam. Semasa belajar di Mesir dulu, saya biasa pergi ke sebuah restoran masakan Cina yang diusahakan oleh orang Cina dari negara China. Tapi, orang Cina yang beragama Islam dan pandai bercakap Arab. Setelah begitu lama tidak merasa masakan Cina, saya rasa gembira apabila saya mendapat tahu HPA telah melakukan langkah bijak dengan membuka sebuah restoran masakan Cina di Kedah berdekatan dengan restoran Radix Fried Chicken (RFC). Insya-Allah, saya akan ke sana. Kalau anda juga meminati masakan Cina, silalah berkunjung ke restoran Radix Oriental Cuisine (ROC). Radix Oriental Cuisine(ROC), restoren masakan cina milik HPA mula beroperasi pada 4hb March 2009. Kepada ahli HPA dan peminat makanan stail cina yang halal lagi toyib boleh berkunjung ke sana. Berdekatan Bank Islam. Sebaris dengan RFC SP, Hotel El Zahraa Inn. Klik http://hpakpt.blogspot.com/2009/02/roc-mula-operasi-4hb-march-2009.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan