Sabtu, 14 Mac 2009

BCI Tijarah tawar rawatan alternatif

BCI Tijarah menawarkan rawatan alternatif bagi pelbagai penyakit meliputi:

  1. Urutan
  2. Bekam darah dan angin
  3. Rawatan gangguan makhluk halus

Bagi yang berminat untuk mendapatkan rawatan tersebut silalah datang ke premis Bci Tijarah iaitu Terapi As-Salam di Platinum Plaza Putatan. Hubungi no telefon 088-734101 / 016-8310643.

Pengkhususan blog saya

Alhamdulillah, saya telah membina dua blog iaitu http://al-faqirilallah.blogspot.com/ dan http://bcitijarah.blogspot.com/. Untuk memudahkan saya sendiri dan para pelawat untuk memilih bidang yang diminati, saya telah tetapkan pengkhususan bagi kedua-dua blog ini. Blog http://al-faqirilallah.blogspot.com/ saya khususkan untuk catatan-catatan berkaitan fiqh, fikrah dan isu-isu semasa manakala blog http://bcitijarah.blogspot.com/ saya khususkan untuk catatan-catatan berkaitan ekonomi dan kesihatan. Selamat membaca..

Isnin, 9 Mac 2009

Anda minat masakan Cina?

Antara masakan yang saya minati ialah masakan Cina. Tapi di Malaysia, sukar hendak mencari restoran masakan Cina yang diusahakan oleh orang Islam. Semasa belajar di Mesir dulu, saya biasa pergi ke sebuah restoran masakan Cina yang diusahakan oleh orang Cina dari negara China. Tapi, orang Cina yang beragama Islam dan pandai bercakap Arab. Setelah begitu lama tidak merasa masakan Cina, saya rasa gembira apabila saya mendapat tahu HPA telah melakukan langkah bijak dengan membuka sebuah restoran masakan Cina di Kedah berdekatan dengan restoran Radix Fried Chicken (RFC). Insya-Allah, saya akan ke sana. Kalau anda juga meminati masakan Cina, silalah berkunjung ke restoran Radix Oriental Cuisine (ROC). Radix Oriental Cuisine(ROC), restoren masakan cina milik HPA mula beroperasi pada 4hb March 2009. Kepada ahli HPA dan peminat makanan stail cina yang halal lagi toyib boleh berkunjung ke sana. Berdekatan Bank Islam. Sebaris dengan RFC SP, Hotel El Zahraa Inn. Klik http://hpakpt.blogspot.com/2009/02/roc-mula-operasi-4hb-march-2009.html

MENGAPA YAHUDI BIJAK?

Saya sendiri tidak tahu jawapan kepada soalan di atas sehinggalah saya membaca artikel dalam laman web HPA. Bagi anda yang ingin mengetahui rahsia orang-orang Yahudi bijak silalah baca artikel di pautan ini http://hpakpt.blogspot.com/search/label/Renungan

Sabtu, 28 Februari 2009

Road Show Permata Hijrah di Kota Kinabalu

BERITA GEMBIRA kepada penduduk di sekitar Kota Kinabalu, Sabah. InsyaAllah pada 14 dan 15 Mac 2009 (Sabtu dan Ahad), syarikat Permata Hijrah akan mengadakan Road Show di Kota Kinabalu sempena Festival Kesenian Islam Peringkat Bandaraya Kota Kinabalu bertempat di perkarangan bangunan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK). Datanglah beramai-ramai untuk mendapat RAWATAN MATA SECARA PERCUMA daripada 2 orang tabib Ust Zulkifli dan Ust Mohd Ali, pengasas dan formulasi toner mata Permata Hijrah. Maklumat lanjut tentang aktiviti, produk, testimoni dll tentang Permata Hijrah sila layari klik pautan Permata Hijrah di sebelah kanan blog ini.

Khamis, 26 Februari 2009

Teruskan jihad boikot Israel

Assalamualaikum...

Sebagai umat Islam, kita wajib meneruskan usaha jihad dalam membela saudara kita di Palestin yang dijajah rejim Zionis Yahudi Israel. Cara yang paling mudah ialah dengan memulaukan atau memboikot produk-produk keluaran syarikat yang memberi sokongan kepada Israel dan Amerika Syarikat. Untuk mengetahui syarikat-syarikat atau produk yang menyokong Israel sila ke laman web http://www.inminds.co.uk/boycott-israel.html

Jumaat, 13 Februari 2009

Dengarlah radio IKIM.FM

Mungkin sebahagian kita ingin mengetahui dan mencari-cari pelbagai produk alternatif keluaran muslim yang dijamin halal lagi tayyibah (baik). Ada cara yang paling mudah. Dengarlah radio Ikim.fm setiap hari. Setiap hari ada iklan tentang pelbagai jenis produk. Antaranya sudah ada link / pautan dalam blog ini. Untuk produk Toner Mata keluaran Permata Hijrah anda boleh mengikuti segmen khas pada jam 5.15 petang setiap hari Jumaat di radio Ikim. Gelombang radio Ikim 93.9 fm di Kota Kinabalu, Sabah, 93.6 fm di Kuching, Sarawak, di Lembah Klang 91.5 fm

Radio Ikim juga boleh didengar secara dalam talian (online) di pautan ini http://www.ikim.gov.my/ikim.fm/