Sabtu, 14 Mac 2009

BCI Tijarah tawar rawatan alternatif

BCI Tijarah menawarkan rawatan alternatif bagi pelbagai penyakit meliputi:

  1. Urutan
  2. Bekam darah dan angin
  3. Rawatan gangguan makhluk halus

Bagi yang berminat untuk mendapatkan rawatan tersebut silalah datang ke premis Bci Tijarah iaitu Terapi As-Salam di Platinum Plaza Putatan. Hubungi no telefon 088-734101 / 016-8310643.

Pengkhususan blog saya

Alhamdulillah, saya telah membina dua blog iaitu http://al-faqirilallah.blogspot.com/ dan http://bcitijarah.blogspot.com/. Untuk memudahkan saya sendiri dan para pelawat untuk memilih bidang yang diminati, saya telah tetapkan pengkhususan bagi kedua-dua blog ini. Blog http://al-faqirilallah.blogspot.com/ saya khususkan untuk catatan-catatan berkaitan fiqh, fikrah dan isu-isu semasa manakala blog http://bcitijarah.blogspot.com/ saya khususkan untuk catatan-catatan berkaitan ekonomi dan kesihatan. Selamat membaca..

Isnin, 9 Mac 2009

Anda minat masakan Cina?

Antara masakan yang saya minati ialah masakan Cina. Tapi di Malaysia, sukar hendak mencari restoran masakan Cina yang diusahakan oleh orang Islam. Semasa belajar di Mesir dulu, saya biasa pergi ke sebuah restoran masakan Cina yang diusahakan oleh orang Cina dari negara China. Tapi, orang Cina yang beragama Islam dan pandai bercakap Arab. Setelah begitu lama tidak merasa masakan Cina, saya rasa gembira apabila saya mendapat tahu HPA telah melakukan langkah bijak dengan membuka sebuah restoran masakan Cina di Kedah berdekatan dengan restoran Radix Fried Chicken (RFC). Insya-Allah, saya akan ke sana. Kalau anda juga meminati masakan Cina, silalah berkunjung ke restoran Radix Oriental Cuisine (ROC). Radix Oriental Cuisine(ROC), restoren masakan cina milik HPA mula beroperasi pada 4hb March 2009. Kepada ahli HPA dan peminat makanan stail cina yang halal lagi toyib boleh berkunjung ke sana. Berdekatan Bank Islam. Sebaris dengan RFC SP, Hotel El Zahraa Inn. Klik http://hpakpt.blogspot.com/2009/02/roc-mula-operasi-4hb-march-2009.html

MENGAPA YAHUDI BIJAK?

Saya sendiri tidak tahu jawapan kepada soalan di atas sehinggalah saya membaca artikel dalam laman web HPA. Bagi anda yang ingin mengetahui rahsia orang-orang Yahudi bijak silalah baca artikel di pautan ini http://hpakpt.blogspot.com/search/label/Renungan