Sabtu, 14 Mac 2009

BCI Tijarah tawar rawatan alternatif

BCI Tijarah menawarkan rawatan alternatif bagi pelbagai penyakit meliputi:

  1. Urutan
  2. Bekam darah dan angin
  3. Rawatan gangguan makhluk halus

Bagi yang berminat untuk mendapatkan rawatan tersebut silalah datang ke premis Bci Tijarah iaitu Terapi As-Salam di Platinum Plaza Putatan. Hubungi no telefon 088-734101 / 016-8310643.

Pengkhususan blog saya

Alhamdulillah, saya telah membina dua blog iaitu http://al-faqirilallah.blogspot.com/ dan http://bcitijarah.blogspot.com/. Untuk memudahkan saya sendiri dan para pelawat untuk memilih bidang yang diminati, saya telah tetapkan pengkhususan bagi kedua-dua blog ini. Blog http://al-faqirilallah.blogspot.com/ saya khususkan untuk catatan-catatan berkaitan fiqh, fikrah dan isu-isu semasa manakala blog http://bcitijarah.blogspot.com/ saya khususkan untuk catatan-catatan berkaitan ekonomi dan kesihatan. Selamat membaca..

Isnin, 9 Mac 2009

Anda minat masakan Cina?

Antara masakan yang saya minati ialah masakan Cina. Tapi di Malaysia, sukar hendak mencari restoran masakan Cina yang diusahakan oleh orang Islam. Semasa belajar di Mesir dulu, saya biasa pergi ke sebuah restoran masakan Cina yang diusahakan oleh orang Cina dari negara China. Tapi, orang Cina yang beragama Islam dan pandai bercakap Arab. Setelah begitu lama tidak merasa masakan Cina, saya rasa gembira apabila saya mendapat tahu HPA telah melakukan langkah bijak dengan membuka sebuah restoran masakan Cina di Kedah berdekatan dengan restoran Radix Fried Chicken (RFC). Insya-Allah, saya akan ke sana. Kalau anda juga meminati masakan Cina, silalah berkunjung ke restoran Radix Oriental Cuisine (ROC). Radix Oriental Cuisine(ROC), restoren masakan cina milik HPA mula beroperasi pada 4hb March 2009. Kepada ahli HPA dan peminat makanan stail cina yang halal lagi toyib boleh berkunjung ke sana. Berdekatan Bank Islam. Sebaris dengan RFC SP, Hotel El Zahraa Inn. Klik http://hpakpt.blogspot.com/2009/02/roc-mula-operasi-4hb-march-2009.html

MENGAPA YAHUDI BIJAK?

Saya sendiri tidak tahu jawapan kepada soalan di atas sehinggalah saya membaca artikel dalam laman web HPA. Bagi anda yang ingin mengetahui rahsia orang-orang Yahudi bijak silalah baca artikel di pautan ini http://hpakpt.blogspot.com/search/label/Renungan

Sabtu, 28 Februari 2009

Road Show Permata Hijrah di Kota Kinabalu

BERITA GEMBIRA kepada penduduk di sekitar Kota Kinabalu, Sabah. InsyaAllah pada 14 dan 15 Mac 2009 (Sabtu dan Ahad), syarikat Permata Hijrah akan mengadakan Road Show di Kota Kinabalu sempena Festival Kesenian Islam Peringkat Bandaraya Kota Kinabalu bertempat di perkarangan bangunan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK). Datanglah beramai-ramai untuk mendapat RAWATAN MATA SECARA PERCUMA daripada 2 orang tabib Ust Zulkifli dan Ust Mohd Ali, pengasas dan formulasi toner mata Permata Hijrah. Maklumat lanjut tentang aktiviti, produk, testimoni dll tentang Permata Hijrah sila layari klik pautan Permata Hijrah di sebelah kanan blog ini.

Khamis, 26 Februari 2009

Teruskan jihad boikot Israel

Assalamualaikum...

Sebagai umat Islam, kita wajib meneruskan usaha jihad dalam membela saudara kita di Palestin yang dijajah rejim Zionis Yahudi Israel. Cara yang paling mudah ialah dengan memulaukan atau memboikot produk-produk keluaran syarikat yang memberi sokongan kepada Israel dan Amerika Syarikat. Untuk mengetahui syarikat-syarikat atau produk yang menyokong Israel sila ke laman web http://www.inminds.co.uk/boycott-israel.html

Jumaat, 13 Februari 2009

Dengarlah radio IKIM.FM

Mungkin sebahagian kita ingin mengetahui dan mencari-cari pelbagai produk alternatif keluaran muslim yang dijamin halal lagi tayyibah (baik). Ada cara yang paling mudah. Dengarlah radio Ikim.fm setiap hari. Setiap hari ada iklan tentang pelbagai jenis produk. Antaranya sudah ada link / pautan dalam blog ini. Untuk produk Toner Mata keluaran Permata Hijrah anda boleh mengikuti segmen khas pada jam 5.15 petang setiap hari Jumaat di radio Ikim. Gelombang radio Ikim 93.9 fm di Kota Kinabalu, Sabah, 93.6 fm di Kuching, Sarawak, di Lembah Klang 91.5 fm

Radio Ikim juga boleh didengar secara dalam talian (online) di pautan ini http://www.ikim.gov.my/ikim.fm/

Khamis, 12 Februari 2009

ANDA MENGHADAPI MASALAH MATA?


Anugerah mata tiada nilainya. Jangan biarkan mata anda bermasalah tanpa berusaha mengatasinya. Dapatkan segera toner mata Permata Hijrah. Terbukti mujarab. Layari laman web http://www.permatahijrah.com/ untuk maklumat lanjut.

Hubungi stokis Sabah, BCI Tijarah Sdn Bhd di 088-734101. Boleh juga menghubungi 016-8310643 atau 019-8807232. Lokasi kedai, rujuk pelan di bawah.

Pelan lokasi

Bagi sesiapa yang belum mengetahui tempat perniagaan BCI Tijarah, boleh rujuk pelan lokasi di bawah. Bagaimanapun, sedikit pembetulan bagi pelan tersebut. Sekarang simpang Jati Tomyam - KFC tersebut sudah ditutup untuk pembinaan landasan keretapi. Pengunjung boleh memasuki menggunakan simpang Giant.







RADIX FRIED CHICKEN : Tahniah HPA




Setinggi-tinggi tahniah saya ucapkan kepada HPA Industies Sdn Bhd kerana telah membuka cawangan Radix Fried Chicken (RFC) yang ke-2 di Kedah. Ia adalah pilihan tepat bagi umat Islam bagi yang gemar makan di restoren makanan segera, lebih-lebih lagi dalam situasi semasa sekarang di mana kita diseru supaya memboikot syarikat-syarikat makanan segera yang memberi sumbangan kepada Israel.

HPA merupakan salah satu syarikat muslim yang sangat berjaya pada masa kini. HPA bermula dengan mengeluarkan produk kesihatan yang berasaskan herba. Kini HPA sudah melangkah jauh dengan mengeluarkan produk makanan segera, minuman spt Kopi Radix, Radix Cola, biskut dan seumpamanya. Malah HPA juga sudah menceburi bidang perhotelan. Segala maklumat tentang produk HPA, sila lawat http://hpa.com.my/09/. Anda juga boleh menyumbang dalam mengembangkan lagi perniagaan HPA dengan menjadi ahli HPA. Sekiranya berminat menjadi ahli HPA, sila hubungi saya di talian 019-8807232 atau sesiapa saja ahli HPA yang anda kenali.

JIHAD EKONOMI

Assalamualaikum...

Para pelawat dan pembaca yang dihormati.

Tujuan blog ini diwujudkan adalah :

1. Mempromosi syarikat BCI Tijarah Sdn Bhd dan perniagaannya
2. Membantu dalam mempromosikan dan memasarkan produk-produk halal keluaran muslim
3. Sebagai salah satu jihad ekonomi yang sangat dituntut dalam Islam.

Sebagai permulaan, di sini diperkenalkan satu produk kesihatan yang dianggap pertama yang seumpamannya di Malaysia, iaitu produk kesihatan mata (toner mata) yang telah terbukti berkesan dalam mengatasi pelbagai jenis masalah mata seperti rabun, silau, katarak, glokoma dll. Produk ini dihasilkan oleh syarikat Permata Hijrah Enterprise yang boleh di lawati di http://www.permatahijrah.com/. Pembaca juga boleh klik di pautan di sebelah kanan blog ini untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang produk tersebut.

BCI Tijarah Sdn Bhd merupakan salah satu stokis produk ini di Sabah. Sesiapa yang berminat boleh mendapatkan produk ini di premis perniagaan BCI Tijarah di alamat spt di bawah :

BCI TIJARAH SDN BHD
Blok D, Shop Lot No 1, Jalan Hussin 3A,
Putatan Platinum Plaza, 88869 Putatan, Penampang, Sabah
Tel: 088-734101 Faks: 088-734102